top of page

PROGRAM LATIHAN HIDUP BERDIKARI

Kita tidak akan menjaga mereka untuk selama-lamanya, oleh itu mereka perlu dibimbing hidup berdikari serta mampu menguruskan diri.............

Terdapatnya ada orang Pekak mempunyai kecacatan pelbagai contohnya Pekak buta, pekak CP, pekak autism dan sebagainya. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang perlu diberikan perhatian kerana mereka tidak akan selama-lamanya bergantung kepada keluarga.

 

Oleh itu MFD menwujudkan program khusus bagi melatih kepada mereka agar dapat menjadi insan yang berguna, berdikari dan berdaya saing.

 

Program ini adalah satu-satunya wujud di negara kita dan program ini tertumpu kepada komunikasi sebagai teras utama, literasi dan numerasi serta latihan hidup berdikari pelbagai aspek mengikut keperluan individu. Pelatih juga akan berpeluang untuk latihan bekerja di luar mengikut kemampuan mereka.

Syarat    penyertaan

Program ini adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang memerlukan latihan. Kerjasama ibubapa atau penjaga merupakan keperluan utama bagi menjayakan program ini. Peserta akan tinggal di asrama yang disediakan bagi dilatih tanggungjawab menguruskan diri.

 

Yuran dikenakan untuk penginapan dan makanminum kerana program ini tidak mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan,

​

Peserta akan dilatih paling minima 6 bulan dan jika ada kemajuan akan dihantar bekerja bawah pengawasan MFD.

bottom of page