top of page

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PEKAK

​"Pendidikan ialah senjata yang paling berkuasa untuk mengubah dunia....". Nelson Mandela

Pekak atau kehilangan pendengaran bukannya kecacatan yang akan mengelapkan masa hadapan seseorang.   Mereka juga seperti insan yang lain dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar serta kasih sayang. Pendidikan awal merupakan kunci kejayaan mereka dalam membina satu kehidupan. Makin lewat bertindak makin tertinggallah mereka.

Tahun Pertama

2-4 tahun

Mengikut kajian di peringkat usia awal ini merupakan saat yang kritikal bagi kanak-kanak menguasai bahasa dan kanak Pekak juga tidak berkecuali. Bahasa bermaksud satu sistem bunyi yang digunapakai oleh satu kelompok manusia tetapi ianya tidak dapat dimanfaatkan oleh kanak Pekak kerana tidak dapat mendengar. Kita tidak lari daripada tanggungjawab menguasai bahasa pertuturan tersebut supaya dapat melengkapi kehidupan. Namun bagi orang Pekak untuk menguasai bahasa pertuturan tersebut perlu mempunyai asas bahasa pertama iaitu bahasa ibunda mereka. Program ini akan menumpukan kepada motor kasar dan motor halus, komunikasi dalam bahasa isyarat, permainan, menyanyi dan pembentukan minda.

Tahun Kedua

3 - 5 tahun

Dengan adanya asas bahasa isyarat, kanak-kanak Pekak adalah bersedia untuk mempelajari bahasa kedua iaitu bahasa pertuturan mengikut kemampuan mereka. Sekiranya mereka dapat berkomunikasi dalam bahasa isyarat juga bermaksud mereka sudah memahami apa yang mereka luahkan dan dari itu anak Pekak akan dibimbing mempertingkatkan bahasa ke bahasa kedua iaitu bahasa pertuturan samaada melalui speech theraphy atau tulisan. Ibubapa juga akan  melibatkan diri dalam program ini sebagai menguatkan lagi sokongan kepada program ini. 

Transisi Kelas Tadika

5 - 6 tahun

Bagi anak Pekak yang telah bersedia disegi mental dan fizikal mereka akan ditengahkan menghadapi cabaran pendidikan pra sekolah yang sebenarnya yang mengikut kurikulum perdana. Mereka akan didedahkan kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta dibimbing untuk menguasainya. Diakhir program anak Pekak adalah sudah bersedia untuk memasuki alam persekolahan.

bottom of page